Apakah Bau Badan yang tidak
menyenangkan? Mari kita berkongsi punca dan tips atasi masalah bau badan dengan
yang pakar.
Perunding
Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata:-
♦ Bau
badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses
pencernaan yang tidak sempurna.Makanan yang kita makan, majoritinya digunakan
untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau
toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman
usus berfungsi dengan baik.
♦ Bau
badan dicipta oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan, hormon
semula jadi ini akan mengeluarkan bau lebih kuat apabila kelenjar peluh atau
apocrine mula dijangkiti bakteria.
♦ Selalunya
masalah ini dialami mereka yang menjangkau usia akil baligh atau peringkat
remaja kerana mengalami perubahan hormon dan menjalani gaya hidup sihat
♦ Bagi
yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan pedas dan memakan
ubat khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berdepan masalah
bau badan.
♦ Bau
badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan,
ubat-ubatan yang diambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan
peranan.
♦ Faktor
genetik, penyakit kencing manis, tiroid, masalah ginjal dan hati juga antara
penyumbang kepada bau badan.
“Dalam tubuh
badan manusia ada dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar
eccrine dan apocrine. 1) Kelenjar eccrine bertanggung jawab terhadap
proses berpeluh, yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk
menghasilkan peluh serta bertujuan mengawal suhu badan, selain membuang bahan
buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit. 2) Kelenjar
apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan
keruh serta menimbulkan masalah jika kuantitinya lebih banyak daripada kelenjar
eccrine.
♦ Kelenjar
ini berada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan
tempat sulit. Ia mengandungi sebum bahan berlemak iaitu peluh dirembeskan.
Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar apocrine.
♦ Faktor
pemakanan juga antara yang menyumbang ke arah bau badan. Antaranya rempah ratus
dan bawang putih, selain banyak minum kopi atau minuman berkafein yang
berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, sama ada lelaki atau perempuan.
Tips Atasi
Bau Badan :-
♦ Paling
penting jaga kebersihan dan pemakanan.
♦ Mandi
dua kali sehari antara perkara mudah yang biasa dilakukan.
♦
Elakkan juga mengambil makanan mengandungi rempah ratus terlalu kuat.
♦ Cukur
rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila
tiba waktunya.
♦ Pemakaian
deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun
bukan jaminan 100%
♦ Jom
detoks kan badan dengan Alfalfa Shaklee! Dengan buang toxin dalam tubuh, sistem
penghadaman dan pencernaan kita lebih effisyen maka peluh yang keluar pon tak
berbau!
(✿^_^) PM kami di Healthy Life Shoppe atau hubungi 0168318513 – syazwina


No comments:
Post a Comment